Friday, September 18, 2009

SEJARAH AIDILFITRI, ZAKAT FITRAH & TAKBIR RAYA

Tuesday, September 15, 2009



Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fir "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
Selamat menyambut Aidil Fitri 1430H. dr.SMK-SABAR.BLOGSPOT.COM

KEISTIMEWAAN PUASA & KEHEBATANNYA.

Thursday, September 10, 2009

              Tabib Islam menegaskan bahawa perut(ma'idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit.Kalau sihat perut,sihatlah seluruh badannya.
            
             Puasa cara terbaik untuk merehatkan beban kerja perut dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung ,buah pinggang,hati dll.
             Nabi SAW pernah bersabda:" Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat.Oleh itu,jadikanlah ia kebiasaan kamu.
             Menurut Dr.Mac Fadon, seorang doktor Amerika, puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.
             Menurut ilmu Biologi, waktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik.Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran.
             Ahli -ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikanbahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan dan rohani.
             Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk meningkatkan kesihatan..

TAZKIRAH RAMADHAN PENUH KEINSAFAN

Sunday, September 6, 2009


                 03092009... Sempena program Ihya Ramadhan warga SABAR (guru-guru dan kakitangan) telah diingatkan tentang kebesaran Al-quran dan kelebihan Ramadhan, dalam slot tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Tn Haji Syamsul Ariffin.  Sesugguhnya peringatan amat penting  kepada sesama muslim. Dalam tazkirah itu juga  didedahkan tentang ilmu-ilmu al-Quran. syabas warga SABAR semoga kita tergolong  dalam golongan muttaqin.

IHYA RAMADHAN DI SABAR

Saturday, September 5, 2009

20 OGOS 2009 / 30 SYABAN : program Ihya Ramadhan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Pengetua SMK Abu Bakar Al-Baqir Tn haji Azmi B Mat. Sebelum majlis pelancaran bermula, telah dilaksanakan solat hajat dan bacaan Yaasin yang diketuai oleh ustaz Tn Haji Syamsul Ariffin.