Program yang telah dianjurkan oleh PPD Kerian bahagian Pendidikan Islam dan Moral ini, adalah untuk memantapkan lagi peserta MTQ daerah Kerian sebagai persediaan untuk pertandingan di peringkat Negeri Perak pada bulan April akan datang. Semua jurulatih yang berkemahiran telah berkumpul bersama - sama untuk memberi tunjuk ajar dan latihan kepada peserta. Semoga Daerah Kerian berjaya mewakili negeri keperingkat Kebangsaan. Itulah harapan yang telah diungkapkan oleh wakil PPD , bahagian Pendidikan Islam dan moral.
para jurulatih
Jurulatih bersama Pegawai Khas PPD Kerian Ustaz Abdul rahman b Hamid
Peserta MTQ Negeri mendengar taklimat dan membuat latihan
Ustaz Saari b Ishak ,Pegawai khas Unit Pendidikan islam dan Moral PPD Kerian
sedang mendengar taklimat pada hari pertama
PUSAT SUMBER SABAR MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN
Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh PSS SMK Abu Bakar Al-Baqir bagi menarik minat para pelajar untuk berkunjung ke PSS antaranya, Pusat Akses, perkhidmatan mengambil foto, perkhidmatan liminete dan banyak lagi kemudahan yang disediakan. Semoga PSS SABAR terus cemerlang.
penyelaras PSS peneraju utama
penyelaras PSS peneraju utama
PESERTA MTQ SABAR BAWA PULANG TIGA PIALA PUSINGAN
11.MAC 2010. Majlis Tadarus Al-quran peringkat daerah Kerian telah diadakan di SMK Agama Kerian, SABAR berjaya mengekalkan tepat pertama dalam pertandingan syarahan agama lelaki dan perempuan, dan hafazan lelaki. tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengharumkan nama sekolah. Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh Paserta SABAR, tilawah perempuan naib johan, tilawah lelaki tempat ke empat, hafazan perempuan naib johan, kuiz bahasa arab tempat ketiga. Semoga SABAR ternama menjadi relisasi 2010.
peserta kuiz bersama guru pengiring
Tahniah, Hasnol, Hanif dan Siti NorAina
Johan Syarahan Hasnol b Hanip
peserta kuiz bersama guru pengiring
Tahniah, Hasnol, Hanif dan Siti NorAina
Johan Syarahan Hasnol b Hanip
SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
8 MAC 2010.. sambutan Maulidurrasul disambut meriah, di mulai dengan perarakan semua pelajar SABAR ,persembahan berzanji dan ceramah Maulid oleh ustaz Tarmizi PTA Bagan Serai, semoga kita dapat mencontohi akhlak Baginda dan meneruskan perjuangan Baginda SAW, di muka bumi ini, agar kita dapat mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.
kumpulan berzanji
bersama berselawat
guru2 wanita turut bersama
guru2 sentiasa bersama
sambil berselawat memuji Rasulullah
pertandingan sepanduk
bacaan ayat2 sucu Al-Quran oleh Ridzuan b Mat Zakir
kumpulan berzanji
bersama berselawat
guru2 wanita turut bersama
guru2 sentiasa bersama
sambil berselawat memuji Rasulullah
pertandingan sepanduk
bacaan ayat2 sucu Al-Quran oleh Ridzuan b Mat Zakir
SABAR JOHAN SEPAK TAKRAW BAWAH 18 DAN 15
26 Mac 2010. SMK Abu Bakar Al-Baqir menjulang kejuaran dalan kejohanan Sepak Takraw MSSD Kerian.
FOTO-FOTO SEKITAR TEMASYA SUKAN KE 19 PADA 25 FEBRUARI 2010
PROGRAM MOTIVASI KAA SABAR
Thursday, March 25, 2010
Satu Program motivasi telah diadakan di SMK SABAR...
Ini untuk menambahbaikan prestasi akademik serta akhlak para pelajar...
Ia diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara.
Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing.Di samping itu Ilmu agama tidak dipinggirkan...Sama-samalah kita memberikan kerjasama semoga semua itu akan terlaksana akhirnya.....
Ceramah disampaikan oleh Guru Cemerlang Al Fadhil Ustaz Samsul Ariffin..
ROKOK DAN BANGSA YAHUDI
Wednesday, March 24, 2010
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka supayaa merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? Tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan bagi mereka. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAERAH KERIAN
24-26 Mac 2010, telah diadakan kejohanan sepak takraw daerah Kerian, di SMK Abu Bakar Al-Baqir.semoga wakil sekolah akan mengharumkan nama SABAR.
Pengajaran drp Kelahiran Rasulullah.
Tuesday, March 9, 2010
KAABAH DILIHAT DARI SATELIT
5 Sifat /wawasan Rasulullah sebagai Iktibar1) Memanfaatkan sumber manusia
Seruan dakwah Rasulullah SAW pada peringkat awal hanya diterima oleh golongan yang lemah dan miskin sahaja. Hikmahnya adalah untuk membuktikan bahawa ajaran Islam diterima kerana hidayah dan kekuasaan Allah SWT, bukan kerana dipengaruhi oleh pangkat dan kekuasaan yang dimiliki oleh manusia.
Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
Kita perlu meletakkan kualiti sebagai asas penilaian dan meritokrasi sebagai kaedah pengukuran dalam proses pemilihan pengikut atau ahli.
Orang yang lemah atau miskin tetapi memiliki kemahuan dan semangat yang tinggi perlu diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.
Kita dituntut untuk berusaha sedaya-upaya menyampaikan seruan dakwah Islam, namun hidayah adalah hak mutlak Allah SWT.
2) Meminimumkan sumber pembiayaan
Penentangan, sekatan, pemulauan dan penyeksaan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW mengakibatkan berlakunya kekurangan sumber pembiayaan untuk melaksanakan usaha dakwah. Rasulullah SAW telah membuktikan kepada pihak musuh bahawa pergantungan usaha dakwah bukanlah segi harta benda atau material tetapi diletakkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Justeru, usaha dakwah Baginda SAW tetap diteruskan dengan penuh komitmen.
Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
Faktor kebendaan atau material sememangnya diakui penting untuk menggerakkan dakwah, namun bukanlah menjadi faktor penentu yang bersifat mutlak.
Matlamat mendapat ganjaran terbaik di akhirat perlu dijadikan sebagai dorongan untuk menghadapi segala kesusahan.
Kita mestilah meyakini bahawa rezeki ditentukan oleh Allah SWT bukannya terletak di tangan manusia.
3) Tinggi daya inspirasi
Kematian Khadijah dan Abu Talib yang menjadi tulang belakang usaha dakwah Rasulullah SAW pada tahun kesepuluh selepas kenabian merupakan peristiwa pahit yang terpaksa ditempuhi. Tahun tersebut digelar sebagai Tahun Dukacita bukan kerana terlalu bersedih atas kematian mereka berdua, tetapi kerana hasil dakwah yang berkurang berbanding semasa kedua-duanya masih hidup. Hikmahnya ialah menolak tohmahan musuh bahawa usaha dakwah berjaya disebarkan kerana kewibawaan kedua-dua tokoh tersebut.
Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
Usaha dakwah dilaksanakan berdasarkan pada perintah Allah SWT dan tidak terikat dengan mana-mana tokoh atau peribadi.
Kehidupan setiap manusia akan sampai ke penghujung usia, justeru usaha yang disandarkan pada mana-mana tokoh tidak akan kekal bertahan.
Usaha menyampaikan dakwah adalah amanah dan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap generasi umat Islam. Kita berperanan seumpama mata rantai pada perjuangan yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW.
4) Berani berhijrah
Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah setelah mendapati tekanan dan penyeksaan oleh golongan kafir Quraisy ke atas mereka semakin menjadi-jadi. Maka para sahabat secara bersembunyi telah keluar dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah. Hanya Umar Al-Khattab yang mengisytiharkan penghijrahannya secara terang-terangan, namun tidak ada seorang pun yang berani menahan hasratnya itu.
Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
Kita dituntut untuk berhijrah atau berubah ke arah yang lebih baik.
Kegagalan untuk berubah akan mengakibatkan kita ketinggalan sama ada segi ilmu, kemahiran, teknologi dan sebagainya.
Kita perlu bijak memilih kaedah atau cara untuk melakukan proses perubahan supaya hasilnya adalah yang terbaik.
5) Strategik
Umat Islam dibenarkan berperang setelah dakwah Islam semakin berkembang luas dan ancaman yang dihadapi semakin kritikal. Secara asasnya peperangan yang berlaku di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, menumpaskan kekuasaan yang zalim dan seterusnya membebaskan perhambaan sesama manusia dan membawa pada pengabdian pada Tuhan Yang Maha Esa.
Antara pengiktibaran yang boleh dipelajari oleh kita ialah seperti berikut:
Kita wajib mempertahankan maruah diri dan agama daripada sebarang ancaman.
Kemampuan berfikir secara strategik akan membolehkan kita merancang kaedah dan pendekatan yang paling berkesan dalam pelaksanaan sesuatu tugasan.
Tindakan pencegahan merupakan langkah terbaik untuk menghadapi ancaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)