SELAMAT PENGANTIN BAHARU

Monday, November 16, 2009


Seluruh warga SABAR mengucapkan selamat Pengantin Baharu kepada cikgu Zamila yang akan melangsungkan perkahwinannya pada cuti sekolah  ini.

SALAM PERPISAHAN


                                                                   cikgu Shahril Azam menerima hadiah perpisahan
SABAR akan kehilangan  cikgu Shahril Azam dan Cikgu Azhar Azamuddin kerana mereka telah dirugaskan ditempat yang baru mulai tahun 2010. Selamat bertugas di sekolah yang baru, seluruh warga SABAR mendoakan  kesejahteraan cikgu disana. Manakala ustaz Kamal hafizi pula akan menamatkan kontrak sebagai guru sandaran disekolah ini, selamat berpisah....sayonara.


Sayonara Ustaz Kamal Jasamu tetap dikenang

ANUGERAH CEMERLANG PENGAWAS PUSAT SUMBER

Sunday, November 15, 2009









16 November 2009.. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah cemerlang Pengawas Pusat sumber. Anugerah ini diberikan berdasarkan kepada kecemerlangan dan komitmen yang tinggi terhadap Pusat Sumber.Antara penerima anugerah tersebut ialah Shahrul Naim b Mohd Idris tingkatan 2A1, Safuan Nazmi b Khairul Anuar tingkatan 2AA, Aishatun Nadzirah bt Saberan tingkatan 2A3 dan Siti Sarah Rabiatul Adawiyah bt Zulkifli tingkatan 2A2. Disamping anugerah Perkhidmatan cemerlang seramai sepuluh orang pelajar telah menerima anugerah pembaca terbanyak.

PROGRAM LEPASAN PMR

Thursday, November 12, 2009


setelah selesai menduduki PMR ,para pelajar  telah mengikuti program yang telah dirancang oleh penyelaras tingkatan 3, antaranya , ceramah agama, kursus pengurusan jenazah, gotong royong, permainan dalaman, motivasi diri dan sebagainya.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1, 2010


seramai 170 orang pelajar sekolah rendah  yang berhampiran  SABAR telah mendaftar sebagai calon pelajar tingkatan 1 sesi 2010. Pendaftaran dibuat pada 5 November. Pada hari tersebut Pengetua SABAR telah  menyampaikan ucapan alu-alauan kepada ibu bapa dan para pelajar .

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PENGHARGAAN


12 NOVEMBER 2009 .. Seramai 95 orang pengawas sekolah dan pengawas Pusat sumber SABAR telah dianugerahkan  sijil penghargaan bagi mengenang jasa mereka. majlis tersebut telah disepurnakan oleh tuan Pengetua ..Tn haji Azmi b Mat.
tahniah kepada semua pengawas dan pengawas PSS..sayonara.

BESARNYA HIKMAH SUJUDDD.....

Tuesday, November 3, 2009



Sujud melega dan melancarkan sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.