Ucapan Raya

Saturday, August 28, 2010

RAMAI BAKAT MUDA DI SABAR

Tuesday, August 3, 2010

29 JULAI 2010: Hari kokurikulum SABAR telah berlangsung dengan jayanya, dan pada hari ini ramai pelajar telah menunjukkan bakat masing-masing, dalam pelbagai pertandingan yang dijalankan.antaranya memasak ala hutan, memasak berasaskan pisang, futsal, balutan anduh, bola sepak. bola jaring, dam, congkak dan pelbagai lagi.Sepanjang hari tersebut para pelajar yang mewakili kelab dan persatuan telah membuka gerai jualan. Semua pemenang pertandingan telah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh pengetua SABAR .Semoga SABAR terus gemilang dan kokurikulum terus cemerlang.




peserta kawad kaki



memasak ala hutan


bakat baru bola sepak



DJ bertugas



GPI SABAR anjur kursus haji

17 Julai 2010. semua guru Pendidikan Islam telah bersatu hati menganjurkan kursus haji perdana untuk pelajar tingkatan 5 SMK Abu Bakar Al-Baqir. seramai 150 orang pelajar telah menjayakan program tersebut. Kursus ini diadakan bertujuan untuk  memantapkan pemahaman pelajar mengenai ibadah haji sebagai persiapan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM
                                       .peserta sedang mendengar taklimat haji


                                  peserta yang telah siap memakai ihram haji

                    peserta sedang melaksanakan ibadah tawaf dan sa'e

Air Mata mengiringi Majlis Persaraan Pn Rahani Bt Mat

Saturday, May 1, 2010



30 April 2010, warga  SMK Abu Bakar Al-Baqir, mengucapkan selamat bersara kepada Pn Rahani bt Mat, yang telah menamatkan  perkhidmatannya sebagai seorang guru KHB di sini. Selama 35 tahun empat bulan berkhidmat, pelbagai susah senang dan suka duka telah ditempuh.
Untuk mengenang jasa-jasa beliau, AJK pelaksana majlis persaraan telah membuat persiapan yang rapi  agar majlis tersebut berjalan lancar.  semua warga SABAR dihidangkan dengan pelbagai persembahan , terharu dan sedih menyelubungi  seluruh  hati warga SABAR ketika mengiringi perarakan  menghantar seorang  guru yang banyak berjasa . Semoga Allah memberkati beliau.

 pn Rahani dan suami diarak dari dewan makan asrama kedewan SABAR


pesembahan daripada pelajar-pelajar  sesi petang "koir kenagan terindah"

kumpulan kompang yang mengiringi perarakan


ucapan dan amanat daripada pn Rahani

persembahan guru...

sesi bersalaman ...mohon ampun maaf.

SMK ABUBAKAR AL-BAQIR JOHAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN PERINGKAT DAERAH

Sekali lagi SMK Abu Bakar Al-Baqir melakar sejarah  kejuaraan, setelah menjadi juara sepak takraw Daerah Kerian, kali ini pasukan bola sepak bawah 15 tahun menjulang piala pusingan setelah dinobatkan sebagai johan. Kita patut berterima kasih  di atas kerja keras beberapa orang jurulatih yang tidak mengenal erti penat dalam memberi tunjuk ajar, sehingga dapat menjulang piala kemenangan.

antara insan  yang bekerja keras disebalik kemenangan...

Nor Ali Captain...

kita  juara...

Syahril Safwan...penyelamat pintu gol...

Thursday, April 29, 2010

http://s739.photobucket.com/albums/xx36/afk7095/MTQ%202010/

Kerian Johan Keseluruhan MTQSS Peringkat negeri Perak

Sunday, April 25, 2010

23-24 April 2010.Teluk Intan , telah berlangsung majlis Tadarus Al-Quran  sekolah-sekolah  kementerian pelajaran (MTQSS) peringkat negeri Perak, di SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan. Selama dua hari para peserta bertungkus lumus  untuk membuat persembahan yang tebaik, demi menaikkan nama daerah masing-masing. Sebanyak  lima acara telah dipertandingkan antaranya ialah, Tilawah lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, Hafazan menengah dan rendah, bercerita dari kisah Al-Quran untuk sekolah rendah dan Syarahan agama untuk sekolah menengah.Daerah  Kerian  telah di nobatkan sebagai johan keseluruhan. 
tiga orang peserta Dari SMK Abu Bakar Al-Baqir telah mewakili daerah Kerian dalam pertandingan tersebut. Mereka ialah Khairul Hanif b Ahmad Johan Hafazan lelaki, Siti Noraina bt Roslan Johan syarahan agama perempuan dan Mohamad Hasnul b Hanip mendapat tempat ketiga syarahan lelaki.
Taniah kepada yang berjaya, semoga  mendapat kejayaan  diperingkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Terengganu pada 30 Mei-3Jun akan datang.


johan hafazan




ketiga syarahan agama lelaki


johan syarahan perempuan


kotinjen Kerian bersama piala pusingan

LATIHAN MTQ BERPUSAT DI PKG TELUK MEDAN

Monday, March 29, 2010

Program yang telah dianjurkan oleh PPD  Kerian bahagian Pendidikan Islam dan Moral ini, adalah untuk memantapkan lagi peserta MTQ daerah  Kerian sebagai persediaan untuk pertandingan di peringkat Negeri Perak pada bulan April akan datang. Semua jurulatih yang berkemahiran telah berkumpul bersama - sama untuk memberi tunjuk ajar dan latihan kepada peserta. Semoga Daerah Kerian berjaya mewakili negeri keperingkat Kebangsaan. Itulah harapan yang telah diungkapkan oleh wakil  PPD , bahagian Pendidikan Islam dan moral.


para jurulatih


Jurulatih bersama Pegawai Khas PPD Kerian Ustaz Abdul rahman b Hamid



Peserta MTQ Negeri mendengar taklimat dan membuat latihan




Ustaz Saari b Ishak ,Pegawai khas Unit Pendidikan islam dan Moral PPD Kerian



sedang mendengar taklimat pada hari pertama

PUSAT SUMBER SABAR MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh PSS SMK Abu Bakar Al-Baqir bagi menarik minat para pelajar untuk berkunjung  ke PSS antaranya, Pusat Akses, perkhidmatan mengambil foto, perkhidmatan liminete  dan banyak lagi kemudahan yang disediakan. Semoga PSS SABAR terus cemerlang.


penyelaras PSS peneraju utama

PESERTA MTQ SABAR BAWA PULANG TIGA PIALA PUSINGAN

11.MAC 2010. Majlis Tadarus Al-quran peringkat daerah Kerian telah diadakan di SMK Agama Kerian,  SABAR berjaya mengekalkan tepat pertama dalam pertandingan  syarahan agama lelaki dan perempuan, dan hafazan lelaki. tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengharumkan  nama sekolah. Berikut adalah keputusan yang diperolehi oleh Paserta SABAR, tilawah perempuan naib johan, tilawah lelaki tempat  ke empat, hafazan perempuan naib johan, kuiz bahasa arab tempat ketiga. Semoga SABAR ternama menjadi relisasi 2010.


peserta kuiz bersama guru pengiring


Tahniah, Hasnol, Hanif dan Siti NorAina


Johan Syarahan Hasnol b Hanip