Air Mata mengiringi Majlis Persaraan Pn Rahani Bt Mat

Saturday, May 1, 2010



30 April 2010, warga  SMK Abu Bakar Al-Baqir, mengucapkan selamat bersara kepada Pn Rahani bt Mat, yang telah menamatkan  perkhidmatannya sebagai seorang guru KHB di sini. Selama 35 tahun empat bulan berkhidmat, pelbagai susah senang dan suka duka telah ditempuh.
Untuk mengenang jasa-jasa beliau, AJK pelaksana majlis persaraan telah membuat persiapan yang rapi  agar majlis tersebut berjalan lancar.  semua warga SABAR dihidangkan dengan pelbagai persembahan , terharu dan sedih menyelubungi  seluruh  hati warga SABAR ketika mengiringi perarakan  menghantar seorang  guru yang banyak berjasa . Semoga Allah memberkati beliau.

 pn Rahani dan suami diarak dari dewan makan asrama kedewan SABAR


pesembahan daripada pelajar-pelajar  sesi petang "koir kenagan terindah"

kumpulan kompang yang mengiringi perarakan


ucapan dan amanat daripada pn Rahani

persembahan guru...

sesi bersalaman ...mohon ampun maaf.

0 Ulasan:

Post a Comment