Air Mata mengiringi Majlis Persaraan Pn Rahani Bt Mat

Saturday, May 1, 2010



30 April 2010, warga  SMK Abu Bakar Al-Baqir, mengucapkan selamat bersara kepada Pn Rahani bt Mat, yang telah menamatkan  perkhidmatannya sebagai seorang guru KHB di sini. Selama 35 tahun empat bulan berkhidmat, pelbagai susah senang dan suka duka telah ditempuh.
Untuk mengenang jasa-jasa beliau, AJK pelaksana majlis persaraan telah membuat persiapan yang rapi  agar majlis tersebut berjalan lancar.  semua warga SABAR dihidangkan dengan pelbagai persembahan , terharu dan sedih menyelubungi  seluruh  hati warga SABAR ketika mengiringi perarakan  menghantar seorang  guru yang banyak berjasa . Semoga Allah memberkati beliau.

 pn Rahani dan suami diarak dari dewan makan asrama kedewan SABAR


pesembahan daripada pelajar-pelajar  sesi petang "koir kenagan terindah"

kumpulan kompang yang mengiringi perarakan


ucapan dan amanat daripada pn Rahani

persembahan guru...

sesi bersalaman ...mohon ampun maaf.

SMK ABUBAKAR AL-BAQIR JOHAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN PERINGKAT DAERAH

Sekali lagi SMK Abu Bakar Al-Baqir melakar sejarah  kejuaraan, setelah menjadi juara sepak takraw Daerah Kerian, kali ini pasukan bola sepak bawah 15 tahun menjulang piala pusingan setelah dinobatkan sebagai johan. Kita patut berterima kasih  di atas kerja keras beberapa orang jurulatih yang tidak mengenal erti penat dalam memberi tunjuk ajar, sehingga dapat menjulang piala kemenangan.

antara insan  yang bekerja keras disebalik kemenangan...

Nor Ali Captain...

kita  juara...

Syahril Safwan...penyelamat pintu gol...